Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Rabu, 7 Disember 2011

Khazanah Kaum India-Bahagian 1

Kewujudan kaum India di Melaka dibuktikan melalui kemunculan barang-barang tradisional India yang dibawa masuk oleh pedagang Hindu-Buddha. Mereka ialah orang Tamil dari India Selatan di mana mereka mendiami ladang getah. Walau bagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang. 

Pakaian
   
Pakaian tradisional kaum India
(Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin)

Pakaian sari
(http://thewfash.com/saree/page/189)
Pakaian tradisional yang dipakai oleh golongan lelaki dipanggil kurta. Kemejanya panjang sampai ke lutut. Pakaian ini sesuai untuk dipakai setiap hari dan untuk majlis formal. Golongan perempuan pula mempunyai dua pilihan, iaitu sari dan baju punjabi atau salwar kameez. Kedua-dua pakaian boleh didapati dalam pelbagai jenis corak, warna dan kain. Sari sebenarnya sehelai kain yang panjang manakala salwar kameez ialah blaus yang panjangnya sampai lutut. Lengannya bolehlah panjang, pendek atau tanpa lengan. Seluar yang panjang dan longgar dipakai bersama blaus ini.