Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Rabu, 7 Disember 2011

Khazanah Kaum Melayu-Bahagian 3

SENI MUZIK MASYARAKAT MELAYU

 MUZIK ETNIK MELAYU

Bagi masyarakat Melayu, muzik etnik yang dimainkan secara bersama dalam satu ensemble banyak dipengaruhi dari muzik Nusantara(Jawa) , Arab, India dan Portugis. Muzik tradisi Melayu biasanya akan mengiringi persembahan wayang kulit, silat, makyong, dondang sayang, tari kuda kepang dan sebagainya.

Antara alat muzik tradisi Melayu ialah Tumbuk Kalang, Angkung, gendang, gong, serta Nobat.   





Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka
DIORAMA PERSEMBAHAN DONDANG SAYANG
Kumpulan pemuzik irama dondang Sayang (nyanyian tradisi masyarakat  Melayu Melaka) ang terdiri dari 4 orang pemuzik dan sepasang penyanyi lelaki dan wanita lengkap berpakaian baju Melayu dan berkebaya dengan alatan muzik seperti harmonium, biola, rebana, dan gong. Sebelum tahun 1950an, alat muzik yang digunakan adalah harmonium , gong dan rebana. Selepas era itu, harmonium digantikan dengan arkodian sementara masih mengekalkan rebana dan gong serta biola sebagai alat muzik tambahan. Lirik nyanyian adalah gubahan pantun pelbagai tema untuk hiburan orang ramai.



Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

Contoh Video Dondang Sayang Melaka dari Youtube.com