Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Rabu, 7 Disember 2011

Khazanah Kaum Melayu -Bahagian 1

PAKAIAN DAN PERHIASAN
PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI MELAKA
 











Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

PERSALINAN RASMI SULTAN DAN PERMAISURI
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Pakaian istiadat raja dan sultan pada hari pertabalan baginda. Selalunya pakaian ini tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran tetapi alat terpenting ialah tengkolok diraja. Pakaian ini diperbuat daripada kain songket  berbenang penuh yang terdiri daripada baju, seluar, samping, bengkok dan tengkolok. Bajunya berpotongan baju Melayu Cekak Musang. Bagi permaisurI pakaian yang dipakai sedondon dengan sultan dengan selendang songket penuh. Hiasan diri seperti mahkota,dokoh melengkapkan lagi pemakaian permaisuri.


BAJU KURUNG TELUK BELANGA



















Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka
 
Baju kurung Teluk Belanga di anggap popular dan dipakai oleh kaum lelaki dan perempuan.Perbezaannya terletak pada bahagian  kocek iaitu  kaum lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan dari segi pemakaian.
Baju ini merujuk kepada jahitan pada leher tersebut, potongan Teluk Belanga dibahagian leher dijahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut,dan sebagainya. Pengertian kurung secara tidak lansung  telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh.
Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehingga istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar,labuh atau panjang. Walaubagaimanapun baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura. 


BAJU KEBAYA


















Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka 

Baju Kebaya diperbuat dari kain ‘Muslin’ atau kasa berbunga-bunga manakala kebaya sulam dari kain kasa robia,swiss dan poliester.Oleh kerana diperbuat dari kain nipis, ia memerlukan baju dalam kapas berkolar tinggi . Baju ini dipadankan dengan kain batik berbunga warna-warni.

 
PAKAIAN HARIAN MASYARAKAT MELAYU MELAKA

Pakaian harian masyarakat Melayu selalunya diperbuat dari baju kurung dan baju teluk belanga. Baju kurung yang dipakai oleh kaum perempuan selalunya diperbuat dari kain berbunga warna-warni dan selalu dipadankan dengan selendang bagi menutup kepala. Bagi kaum lelaki pula, baju teluk belanga selalu dipandankan dengan sampin yang diikat dikeliling pinggang serta songkok yang diletakkan diatas kepala.











Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

TENGKOLOK

  
Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka
 
Sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka tengkolok seperti yang terdapat pada masa sekarang belum lagi dicipta, tetapi memadailah jika seseorang itu menutup atau mengikat rambut yang panjang supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini semakin lama semakin cantik diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu sehinggalah sekarang.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah dan merekabentuk sehelai kain empat segi untuk dipakai sebagai penutup kepala. Kini pakaian tengkolok sering digunakan oleh pengantin lelaki semasa bertandang dan bersanding di atas pelamin pada hari pertama istiadat perkahwinan dilangsungkan. Semasa bersanding di atas pelamin mereka dianggap sebagai raja kerana mereka berpakaian lengkap seperti seorang raja yang bersemayam di atas takhta. Tengkolok yang dipakai oleh pengantin lelaki pada masa sekarang dihiasi dengan barang kemas untuk menambahkan seri dan kekacakan pengantin
 
Justar Diraja : Singa Menoleh 


 















Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka
Sejenis ikatan kepala yang pernah dipakai oleh beberapa orang pengantin diraja dari negeri Johor diberi nama "justar" Justar asal diperbuat daripada emas dan telah dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail, Johor, semasa istiadat perkahwinan baginda dengan Ungku Tun Aminah yang berlangsung pada tahun 1920; ketika itu baginda masih menjadi Tengku Mahkota. Ikatan kepala jenis ini telah direka khas oleh tukang-tukang Melayu untuk istiadat perkahwinan tersebut. Walau bagaimanapun bentuk ini sebenarnya ditiru daripada bentuk lama, yang berasal darni Riau. Tengkolok tersebut telah dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar; Bapa Johor Moden. Ikatan dan hiasan kepala seperti ini telah digunakan di negeri Johor lebih daripada satu kurun yang lampau. Satu bentuk lagi yang telah dipakai oleh Almarhum Sultan Ismail dikenali dengan nama 'Singa Menoleh'. Ikatan kepala ini masih tersimpan dengan baik di Istana Besar Johor Bahru

Subang
 
Apabila mendengar perkataan subang kita terus membayangkan bahawa ia adalah sejenis perhiasan diri yang diletakkan di kedua-dua cuping telinga sebagai hiasan.
Sebelum seseorang dapat memakai subang, gelinya atau kerabu, terlebih dahulu mereka dikehendaki menindik lubang di cuping telinga kerana bahan-bahan ini dipakai dengan cara dicucukkan ke cuping telinga dan penahannya dikenakan di sebalik cuping. Penahan ini adakalanya mempunyai skru, berpalang-sengkang atau hanya dicangkuk untuk mengelakkannya daripada terjatuh semasa dipakai. Rekabentuk dan reka corak bahan hiasan telinga tidak mempunyai batasan. Ia dibuat dengan menggunakan berbagai-bagai logam dan batu permata yang berkilauan. Kini bahan-bahan seperti ini terus menjadi idaman setiap wanita. Tukang emas di pantai timur khususnya, telah cuba mereka corak subang atau anting-anting mengikut bentuk lama kerana ramai gadis sekarang yang sering mencari-cari bahan daripada bentuk lama yang dianggap mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dahulu seseorang mempunyai sepasang dua gelinya sahaja

GELANG KAKI (PERHIASAN DIRI WANITA MELAYU)

Gelang kaki merupakan salah satu perhiasan diri yang sering dipakai oleh kaum perempuan Melaka ketika dahulu dan masih dipakai sehingga sekarang.










Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka