Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Rabu, 7 Disember 2011

Khazanah Kaum Melayu -Bahagian 2

ARTIFAK
SENJATA
SENJATA PENDEK









Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

Orang Melayu menggunakan bermacam jenis senjata pendek selain daripada keris, antaranya ialah Badik, Landing, Sewar, Kerabit ataupun Lawi Ayam dan Tumbuk Lada. Kesemua senjata pendek ini kecuali Landing sahaja bermata sebelah. Kerabit landing igunakan oleh orang perempuan untuk menjaga diri. Tumbuk Lada adalah senjata yang hulunya seakan penumbuk lada. Pisau ini dipakai oleh Datuk yang berpangkat rendah sebagai senjata istiadat kerana keris adalah hak keistimewaan bagi Raja dan pembesar negeri sahaja.
 
TOMBAK





Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

Orang-orang Melayu menggunakan banyak jenis lembing dan tombak pada masa dahulu. 
Pada umumnya, kedua-dua lembing dan tombak ini dipanggil tombak sahaja. Lembing ialah nama tertentu  bagi sejenis tombak yang mempunyai “Tulang Berjalur” di tengah-tengah matanya. Ini adalah sifat-sifat lembing Semenanjung. Tombak orang Melayu kebanyakannya ringan dan bermata kecil. Tombak istiadat adalah berbentuk sama tetapi batangnya dihiasi dengan rambut atau ekor kuda yang dicelup dengan warna merah tua atau merah dan putih. Tombak jenis ini dikenali dengan nama “Tombak Rambu”.


KERIS

 Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka

Keris ialah sejenis senjata pendek-kebangsaan tradisional  Melayu yang telah digunakan sejak lebih daripada 600 tahun yang lalu. Berdasarkan seni ukiran keris yang terdapat di dinding Batu Candi Borobodur, ada kemungkinan ia berasal dari Tanah Jawa. Keris digunakan bukan sahaja sebagai senjata mempertahankan diri, tetapi juga sebagai alat kebesaran diraja. Secara umum, keris boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Mata keris , Hulu keris, Sarung keris.
Mata keris ada yang lurus dan ada yang berbengkok. Keris yang bermata lurus biasanya digunakan untuk memenggal, sementara yang berluk biasanya digunakan untuk bertikam. Jumlah bilangan lok yang terdapat pada  sebilah keris biasanya bernombor ganjil. Mengikut kepercayan orang Melayu, sebilah keris mestilah ditempa sekurang-kurangnya daripada dua jenis besi yang berlainan, dan jika berkehendakkan keris yang baik , matanya hendaklah ditempa daripada tujuh jenis besi. Hulu keris biasanya diperbuat daripada kayu, tanduk, ganding ataupun tulang. Mata sebilah keris disarungkan ke dalam sebagai sebatang sarung yang dipanggil sarung keris. Ia diperbuat daripada kayu ataupun ganding. Biasanya kayu yang digunakan ialah kayu sena atau kemunting. Pada masa ini, keris hanya digunakan sebagai simbol dalam upacara-upacara rasmi dan juga menjadi  salah satu alat kebesaran diraja serta perhiasan-perhiasan di rumah.       
 

MERIAM MELAYU

Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka


Meriam telah digunakan oleh orang Melayu sebagai sejenis senjata semasa peperangan sejak dari zaman  Kesultanan Melayu Melaka lagi. Meriam Melayu yang awal telah dibuat di Pulau Jawa, Minangkabau dan Johor, terkenal kerana buatan meriamnya yag bermutu . Terdapat 4 jenis meriam yang utama yang digunakan oleh orang Melayu, iaitu:-

1)      Meriam Kecil

2)      Lela

3)      Rentaka

4)      Ekor Lotong


PEDANG
Kebanyakan pedang-pedang lama yang terdapat di Tanah Melayu adalah diperbuat di negeri-negeri lain dan dibawa masuk oleh pahlawan –pahlawan luar negeri. Diantaranya ialah Sundang iaitu sejenis senjata seakan-akan  Keris tetapi lebih berat lagi dan kadang-kadang matanya berluk-luk. Senjata ini dibawa masuk dari Sulu dan Sulawesi sebagai senjata yang amat digemari oleh pewira-pewira Bugis dan perompak-perompak Illanun. Ulu Sudang berlainan dengan Ulu keris. Pedang-pedang lain yang biasa terdapat di Tanah Melayu masa dahulu kebanyakannya dibuat di negeri India dengan berhulurkan tembaga

BANGKIN KAYU

Bangkin adalah sejenis peti atau kotak bertutp untuk menyimpankain atau  kuih-muih. Pada kebiasaannya bangkin dibuat dari kayu berbentuk bulat dan disaluti dengan kulit binatang atau disapu laka. Ada bangkin yang dipahat berbentuk bunga. Bangkin juga adalah salah satu bahan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu.







Gambar diambil oleh Nazrul b. Jamaludin di Muzium Melaka