Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Khamis, 8 Disember 2011

Khazanah Kaum India-Bahagian 4


Adat Perkahwinan

Thaali yang digunakan semasa upacara perkahwinan (Encyclopedia 2011)

Tanda kesucian antara pengantin dilihat dengan pengunaan Thaali. “Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya.”[1]  Thaali biasanya dibuat tujuh hingga sembilan hari  sebelum hari perkahwinan. Emas, sirih dan kelapa akan dibawa oleh orang lelaki untuk membuatkannya. Thaali akan diambil dan diletakan di kuil tiga hari sebelum hari perkahwinan. Thaali akan diletakkan dikalungkan selepas upacara itu habis.

Permainan

Dari segi permainan, satu jenis permainan yang sangat popular di Melaka ialah, Kho – Kho. Keluasan yang diperlukan untuk bermain permainan ini ialah padang bersaiz 27mX15m. Bagi permainan ini, setiap kumpulan mempunyai 12 pemain. Bagi satu perlawanan, hanya 9 daripada mereka bermain. Hanya 7 minit diberikan untuk berkejar dan berlari dalam setiap pusingan.
 

Permainan tradisional orang India
(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKjZc8ub0-4luZ06sfBseTMCRlgb4qLrz9PqsM1JB-khUxEuMqEtcfSwgu5cGmwAC4BMwtjSW78_WxdNtKwht9aoRQNyri6ocPwju7bRzLtmYhrNUHwcIbohljSJcRgpRhd3bFbB5ADnA/s1600/2657003005_74bcc29883.jpg)