Peralatan rumah,masak dan pinggan mangkuk
Ukiran perabot tersebut mempamerkan ciri-ciri melayu-cina,bahannya pula diimport dari negara asal mereka dan dibuat disini.Salah satu peralatan yang digunakan oleh masyarakat baba nyonya hingga ke hari ini ialah dapur arang.Dapur arang digunakan untuk memanggang ikan dan menyalai makanan.
PERABOT BABA NYONYA
Gambar oleh: Nazrul b. Jamaludin
Sumber dari: http://tekokuning.blogspot.com/2009/05/nyonya-ware.html
Ditengah-tengah ialah mangkuk tepen(mangkuk tingkat).Mangkuk bertutup yang berada dikiri dan kanan dipanggil “chupu”.Ia digunakan untuk mengisi sup sarang burung atau apa-apa yang bersesuaian. 2 mangkuk yang berwarna biru dan putih digunakan sewaktu makan nasi atau sup dengan menggunakan sudu porcelain.
Sumber dari: http://tekokuning.blogspot.com/2009/05/nyonya-ware.html
Ditengah-tengah ialah pinggan manakala yang berada di kiri dan kanan ialah piring. 2 mangkuk yang bertutup itu dipanggil “kamcheng” dan ia digunakan untuk mengisi sup,bubur dan sayur.Mangkuk yang berkaki untuk mengisi buah-buahan atau sebarang pencuci mulut sewaktu makan.
Kenderaan (Lanca)
Lanca ialah kenderaan bagi masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka. Hanya golongan yang kaya sahaja seperti golongan hartawan yang menggunakan kenderaan ini.Ia boleh dinaiki oleh seorang penumpang sahaja dan akan ditarik oleh seorang yang gagah untuk pergi ke mana-mana sahaja.
Gambar sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Lanca.jpg