Gambar diambil daripada http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-0125-3c68-f888/a-famosa-melaka-malaysia+13010176821-tpfil02aw-5080.jpg

Khamis, 8 Disember 2011

Khazanah Kaum Baba dan Nyonya-Bahagian 1

Baba nyonya datang di sekitar nusantara sekitar 600 tahun dahulu. Gelaran baba diberikan kepada orang lelaki dan gelaran nyonya pula diberikan kepada orang perempuan. Baba kerana baba membawa maksud “peranakan”.

Pakaian
Mereka mewarisi cara berpakaian daripada nenek moyang mereka. .Bagi golongan nyonya, mereka menggunakan baju kebaya yang dipanggil “kebaya encim” beserta Kasut manek.
Golongan baba, pakaian mereka ialah samfoo. Samfoo dibuat daripada fabrik satin Cina. Cara pembuatan adalah melalui tenunan.Pada kebiasaanya tenunan yang dibuat bermotifkan kesejahteraan.

Perkahwinan
Pada abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20,biasanya  lelaki cina akan berdagang dan  berkahwin dengan perempuan tempatan. Mereka akan mencari pasangan yang mempunyai persamaan taraf. Sebelum berkahwin  upacara lamaran atau peminangan diadakan.Sewaktu lamaran wakil pihak lelaki akan datang membawa bakul 2 tingkat. Dalam majlis perkahwinan,mereka akan menyanyi lagu dondang sayang dalam bahasa melayu dengan longhat cina yang masih menebal.

Muzik
Masyarakat baba nyonya juga menjadikan dondang sayang, pantun serta keroncong. Mereka akan berdondang sayang atau berkeroncong pada majlis perkahwinan disertai dengan tarian joget. Dondang sayang adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada 4 orang pemuzik dan sepasang penyanyi iaitu lelaki dan perempuan yang lengkap berpakaian baju melayu dan kebaya.

DONGDANG SAYANG
 Gambar oleh: Nazrul b. Jamaludin
Contoh Video Dondang Sayang yang dipersembahkan oleh Nyonya Tan Abdullah